Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk
kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan
kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan
ini diperlukan.
Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik
persediaan.
Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa
urusan rasmi.
Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke
tempat asalnya setelah digunakan.
Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian
tanpa sebarang pengawasan.
Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan
untuk kegunaan persendirian.
Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan
bilik persediaan
Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan
bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.
Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal
atau bilik persediaan.
Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.