Saturday, 17 November 2012

peraturan di makmal


  • Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali)  kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan. 
  • Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan. 
  •  
  • Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi. 
  • Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. 
  • Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan. 
  • Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian. 
  • Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan
  • Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. 
  • Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik persediaan. 
  • Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

No comments:

Post a Comment